inilah hasilnye setelah bersabar melapisnye hehehehehe
inilah blogku
Isnin, 21 Mac 2011
Jumaat, 4 Mac 2011
cup cake
hari ni aku berjaya buat cup kek,ikut resepi dalam buku. walaupun tak secantik mane tapi alhamdulillah jadi juga...anak aku pon kate sedap,yelah budak kecik mane pandai tipukan? Sebenarnya aku teringin nak belajar buat kek dan buat hiasan ising sekali. pernah buat tapi sapu ising tak rata dan tak cantik. Kalu gi kedai kek tu suke nengok patern kek... aku tak tau mane tempat yang aku boleh belajar buat kek. Adela 1 tempat tu tapi jauhlah pulak, bile alasan jauh teringat lak pepatah melayu nak seribu daya tak nak seribu dalih....emmmm kalu gitu internet jela yang bakal jadi guru aku. Selama ni pon semua resepi kueh aku ambik dalam internet dan aku dapat buat ngan jayanye.Inilah hasil cup kek aku......
Isnin, 28 Februari 2011
Alhamdulillah dapat jugak aku berkongsi beberapa resepi di dalam blog ni... aku harap kawan2 yang mengikuti aku dapatlah kiranye sama2 mencuba resepi ni Insyaallah mesti jadik punye. Kawan2 yang lain pon kalu ade resepi2 yang ingin dikongsi bolehla kita kongsi sama2...tak rugi kalau kita berkongsi ilmu yang kita ada.Oklah semua selamat mencuba!
RESEPI ASAM PEDAS IKAN PARANG
bahan-bahan
3 ulas bawang besar
5 ulas bawang kecil
sedikit halia
sedikit belacan
1 sudu kecil halba
asam jawa
2 batang serai
3 helai daun limau purut
5 sudu besar cili kisar
bende
garam/ajinomoto
cara memasak
bawang besar,bawang kecil,halia dan belacan dikisar. Panaskan minyak,bila minyak dah panas masukkan halba dan bahan dikisar tadi.tumis hingga naik bau kemudian masukkan cili kisar,masak sehingga cili garing. Masukkan serai yang telah dititik,kemudian masukkan air asam jawa(agak2 hehehehe) kalau nak kuah lebih masukkan sedikit air,biasenye kalau orang melaka masak asam ikan parang dia wat pekat sikit...lebihkan cili.
Masukkan daun limau purut,garam n pak aji. setelah menggelegak masukkan ikan dan bende. lepas tu bolehla dihidang ngan nasi yang panas...mesti best! selamat mencuba

resepi apam eno
bahan-bahan
300gm tepung beras
180-300ml air
8-10 sudu gula
kelapa parut
eno
1 sudu besar yis
pewarna merah dan hijau
cara menyediakannya:
masukkan air sedikit2 kedalam tepung/kemudian masukkan gula dan yis,kacau sehingga rata.( biarkan bancuhan semalaman)
Kemudian bahagikan kepada 3 bahagian.2 bahagian diletakkan dengan pewarna dan 1 bahagian lagi biarkan warna asal. setiap 1 bahagian dicampurkan dengan 1 sudu kecil eno.
panaskan kukusan dan kukus sehingga masak.(kelapa kalau boleh kukus dulu dengan campur sedikit garam agar tak cepat basi.)
SELAMAT MENCUBA
Jumaat, 25 Februari 2011
resepi kueh bakar ubi
bahan-bahanye:
1 cawan gula melaka
1 cawan air
sebiji kelapa diparut
2 cawan gula
sedikit garam
5 ketul ubi di parut
cara membuat:
letak air didalam kuali dan masukkan gula melaka dan gula...sekiranya berpasir tapis dulu, kemudian masukkan sedikit garam dan kelapa kacau sehingga rata. kemudian masukkan ubi yang telah di parut tadi.kacau sehingga masak. panaskan acuan beserta minyak,kemudian bakar diatas api sehingga masak. tunggu sejuk dan bolehla di potong.SELAMAT MENCUBA
Rabu, 23 Februari 2011
resepi ku
Inilah dia kueh kole kacang yang dah berjaya aku buat. Sesiapa nak mencuba bolehla ikut resepi aku ni pasti jadi punye.
bahan-bahanye:
1 cawan santan pekat (dimasak sampai jadik tahi minyak)
* 1 cwn gula merah
*2 sudu besar gula pasir
*1 cwn air
*2 helai daun pandan disimpul
2 cwn santan
1 cwn tepung kacang hijau
secubit garam
cara-cara : masak bahan bertanda * sehingga gula larut dan sejukkan dahulu. Masuk tepung kacang hijau,santan,garam dan air gula merah dalam satu bekas dan kacau hingga larut. kemudian masukkan adunan tadi dalam kuali berisi lebihan minyak tadi, selalu kacau agar tidak bergentel. masak hingga pekat dan tuang adunan dalam loyang. taburkan tahi minyak diatasnya dan apabila sejuk bolehla dipotong. selamat mencuba

Selasa, 22 Februari 2011
Semua dugaan dariNya
Ade orang lagi kuat cabaran dan dugaan yang diberikan dari yang Maha Esa. Aku? Allah Taala baru menduga aku sedikit sahaja,tetapi aku kekadang tak dapat terima. Ya Allah Ya Tuhanku Kau kuatkanlah dan tabahkanlah hati ini dalam menghadapi semua situasi ini, kerana aku tahu Ya Allah di sebalik semua ini ada rahmatnya. setiap masaalah ada jalan penyelesaian,selain berdoa kita harus berusaha....
kekadang tekanan dalam hidup ini amat menduga aku,aku bahagia bersama suami dan anak2 ku...tetapi mengapa kadang2 tekanan di tempat kerja dan masalah keuwangan sering mengganggu hidup aku? Aku percaya ada jalannya (Insyaallah)
demam .....
Hari ni anak aku yang sulong azfar harith demam...sian sangat aku nengok dia..melepek je makan tak nak ape pon tak nak....kurus la badan anak aku nnti.Sian anak mama! Nanti mama masakkan bubur ye sayang!
Anak mama pandai sangat makan ubat...kalau mama suruh makan ubat dia mesti makan,kadang2 mama tak payah suruh dia nak makan sendiri. Nanti ikut papa pergi klinik k! Anak mama tak boleh takut sebab anak mama lelaki,lelaki kene kuat ye sayang! MAMA DAN PAPA SAYANG KAMU BERDUA!

pertama kali aku menulis di blog ku
22.2.2011
Bestnye bile aku dapat buat blog aku sendiri...tq am sebab sudi ajar aku cara buat blog. Nanti bolehla aku tulis memacam dan berkongsi resepi dalam blog ni..
Ist sekali aku nak cerita...sejak dari awal tahun kesihatan aku asik terganggu je, demam,batuk.selsema n sakit gigi. Adusssssssshhhh sangat memeritkan. Mujur aku ade suami n abah yang tak jemu2 membantu yelah kalau aku sakit dah tentu2 mereka berdua yang kene jaga anak....abah jaga yang sulong, hubby jaga yang adik...mama boleh titon hehehehehehe.
Hari ni aku cabut gigi dapat mc 2 hari...so kene lepak kat umah tak leh kuar2.Semoga aku dan keluarga sihat dan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT

Langgan:
Catatan (Atom)